Wednesday, March 7, 2012

awak curang!!!!

assalamualaikum.

berhabuk sudah blog ni kan? *memang jarang updates punnn* saya tersangat lah busy dengan homework yang sangat banyak. terima kasih dekat cikgu ya :) *cikgu murah hati bagi homework*.
Insyallah jika saya free pasti akan sentiasa updates, waaa, hehe.

okay, mari kita mulakan perbincangan kita pada hari in *macam cikgu dekat sekolah je kan?* hahaha, dah cukup! mari kita start dengan topik, gejala sosial dikalangan remaja *topik #Famous karangan* syira, dah cukup main2, ye kay. dah stop it syira. hari ini, syira nak cakap tentang BF yang curangg. *banyak berlaku dah kan?*

Pendapat syira lah kan, Majoriti remaja berumur antara 11-21 tahun sudah mempunyai GF/BF, apa itu BF/GF? persoalan yang bagus, BF/GF ini adalah singkatan bagi perkataan BOYFRIEND/GIRLFRIEND dalam bahasa english. BF/GF adalah merupakan orang yang terdekat dengan kita selain daripada keluarga dan kawan, perasaan terhadap BF/GF amat berbeza daripada sahabat yang lain. mari kita lihat proses sebelum menjadi BF/GF.


Pada pertama kali kita melangkah ke alam remaja ini, pastinya kita mempunyai perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara yang berada di luar fikiran, *ayat sastera, hehe, dah syira serious!* kehidupan remaja kita bergantung dengan apa yang kita pilih, walaupun sukar tetapi kita sudah boleh belajar dari kehidupan yang banyak memberi pengajaran. Proses untuk mendapat BF/GF tidaklah susah, bila kali pertama anda bercinta? pastinya cinta remaja bukanlah seperti FIRST LOVE, kerana remaja masih lagi diantara pemikiran kanak-kanak dan dewasa, jadi kita tidak dapat membezakan mana yang terbaik dalam kehidupan ini.

BF/GF boleh sahaja dari kalangan sahabat yang terdekat, perasaan sayang akan mula timbul bila kita menjadi rapat dengan seseorang yang memahami dan juga mendorong kita untuk sesuatu perkara, bila timbul perasaan sayang, kita pasti tidak ingin kehilangan orang yang dicintai kerana pasti sukar untuk mencari peganti ini. jadi pastinya akan bercinta kan?

bila dah syok bercinta, hati pun sudah sayang tetapi pada masa yang sama, mula minat kepada orang lain, jadi hubungan antara BF dan GF pastinya akan mula renggang. mula-2 bercinta saja cakap "I akan jaga You seperti jaga nyawa I sendiri" "I sayang You" "I need you most in this life" "please don't leave me sayang" awwwwww, :') sweet kan dapat BF seperti ini? tapi akhirnya kau tewas jua *novel form 4* so please jangan buat keputusan yang terburu-buru, ambil masa untuk fikir semua kenangan yang ada :) kita masih muda kan? ini baru bercinta belum kahwin lagi, jadi bangun dan belajar dari kesilapan yang ada :)

No comments: