Friday, May 4, 2012

Ini khayalan ke?

Haloha XD

Sering kali saya baca tentang kisah cinta yang seakan akan dirancang dengan baik seperti di novel novel cinta. Bila ada orang yang mengalami kisah cinta yang menarik ini, serta merta kita akan rasa cemburu, betul tak? Ini adalah kerana kita juga inginkan kisah cinta seperti ini, tetapi apakah nasib untuk kita mendapat kisah seperti ini kerana kita hanya hamba Nya yang tidak akan tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari.

Baru tadi, saya sempat membaca blog seorang muslimah yang dikahwinkan dalam usia yang muda, dia ditunangkan oleh lelaki pilihan keluarganya dan dinikahkan pada 28 april yang lepas, siapa yang dah baca blog dan tengok video cara lelaki tu proposed dia, pasti akan rasa terharu, saya yang tengok ni pun sempat menitiskan air mata, air mata yang melambangkan betapa bahagianya seorang muslimah ini.

Kepada akak dena bahrin, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan insyallah hingga ke jannah. Amin.

No comments: