Friday, June 15, 2012

sambungan entry "terlebih rajin"

Assalamualaikum sebagai permulaan bicara. maaf kalau saya tidak dapat menyempurnakan entry saya yang lepas. so, masih berminat nak tahu ceritanya? mari baca :D


Dia kelihatan janggal bersebelahan dengan aku, begitu juga aku. Kenapa kami merasai semua ini. adakah ini yang dikatakan "malu tapi mahu"? aku hanya membisukan diri. Tidak mahu diriku disalah erti oleh sahabat ku yang lain, dalam memecahkan sunyi ini, dia mulakan perbicaraan dengan menanya aku soalan, katanya "bianca, kau sihat ke? aku tengok kau asyik muram je" adakah ini sebab dia memerhatikan diriku ini. Adakah ini punca dia kelihatan tertanya tanya melihat diri aku ini? Tetapi kenapa diri aku sahaja yang diperhatikannya? Kenapa mesti aku? Bukankah dia selama ini menganggap aku seperti tidak wujud di kelas ini. Aku menyepi seribu bahasa, kemudian aku melihat mukanya yang kelihatan tertanya tanya. Aku menjawab "maaf, tetapi keputusan peperiksaan aku kurang memuaskan" perbualan kami seakan terhenti seketika kerana guru selisih berganti, aku hanya diam dan membisukan diri. Dia menyoal aku kembali "kalau macam tu, kenapa kau muram? kan masih ada masa" Ya, memang ada masa, tetapi sempatkah aku belajar kembali? sempatkah aku mengulang kaji pelajaran?

Dia kelihatan mengambil berat tentang diriku ini. Aku hanya berdiam diri melihat karenah sahabatku yang lain, mereka kelihatan tidak sedikit pun kecewa melihat keputusan peperiksaan ini adakah hanya aku seorang yang mengalami perasaan ini? kemudian dia memandang aku, aku sedikit terkejut kerana jarak antar kami kelihatan rapat. aku hanya melihat dirinya. Syukur jikalau dia memahami perasaan dan perangai aku yang sukar ditafsir ini.

Sewaktu aku mengemas beg untuk pulang sesudah loceng sudah dibunyikan, dia memanggil nama aku dihadapan sahabat aku yang lain, aku menoleh kebelakang, dia memberi isyarat untuk berjumpa aku seorang saja. aku hanya tersenyum untuk menutup kegelisahan jiwa aku ini. "bianca, kau free tak petang ni? aku ingat nak jumpa kau sekejaplah. ada benda penting?" aku hanya mengangguk tanda setuju dan berlalu meninggalkan dirinya, ahhh, kenapa aku tidak bercakap walau sepatah? kenapa aku hanya mengangguk, seharusnya aku tanya dimana hendak berjumpa.

Petang itu, hanya bersiap mengenakan pakaian yang aku kira sesuai untuk berjumpa dengan dia. kemudian telefon bimbit aku berdering menerima panggilan masuk nombor yang tertera tidak aku kenali, aku mengangkatnya tanpa memikirkan siapa yang menelefon "hello bianca ke ni? ni saya Adam, awak tunggu saya depan rumah awak ya" Adam? kenapa dia membahasakan dirinya saya dan awak? keadaan ini sekali lagi membuat aku berasa janggal. kekok dengan panggilan yang tidak pernah aku guna ketika bersamanya, bukan tidak pernah malah tidak pernah aku bercakap dengannya.

Seperti yang dijanjikan, aku menunggunya dihadapan rumahku, aku mengenakan t-shirt merah jambu dan seluar jeans berwarna hitam dan beg kegemaranku, aku menunggu penuh harapan, kemudian ada sebuah kereta muncul di hadapan aku, aku masih berdiri tertanya-tanya siapakah tuan di dalam kereta ini?. Adam keluar dari kereta, dia kelihatan segak bersama kemeja birunya itu. dia menyapa aku "awak lama tunggu saya ke bi" aku tergamam mendengar apa yang dia katakan tadi, BI? adakah aku salah dengar? "tak, baru saja tunggu di luar ni, apa yang penting sampai awak nak jumpa saya ni?" dia hanya tersenyum dan menjemput aku masuk ke dalam keretanya, aku berasa teragak-agak dan akhirnya langkah kaki ku ini menurutinya masuk ke dalam kenderaannya.

Ketika di dalam kereta yang dipandu Adam, dia hanya senyum melihat diri aku ini, dia juga memandang aku beberapa kali, kenapa dia kelihatan hairan? Adakah dia menganggap aku tidak sesuai memakai pakaian ini? Dia hanya tersenyum dan itu membuat aku semakin menggigil, hujung jariku terasa sejuk seperti berada di kutub utara, aku menoleh ke luar tingkap, takut dia memerhatikan bahasa badan aku yang semakin kaku. Dia memasang radio yang dari tadi dimatikan, dia menyanyi seperti tiada siapa yang dapat menghentikan tindakannya itu. Di dalam hati aku hanya membisik "awak bertuah jika mendapat gadis yang berhak memiliki hati awak" Dia memandang aku seperti mengetahui apa yang hati aku berbicara mengenainya.

Ketika kami sampai di satu padang, dia meminta aku untuk duduk bangku yang terdapat di padang itu. Tanpa berlengah panjang aku duduk di bangku itu, dia menuruti aku dari belakang. Adam memulakan perbicaraan "apa yang saya nak beritahu ini mungkin akan mengubah persahabatan kita", ini membuat jiwa aku kelihatan sungguh gelisah, apa yang dimaksudkan oleh dia? kenapa dia berkata seperti itu? Adam menyambung kembali perbualannya "saya dah lama perhatikan awak, walaupun sebelum ni awak tidak pernah menegur saya, tapi saya harap dapat berkawan dengan awak, saya tahu ini mustahil, tetapi saya harap awak boleh terima saya sebagai kawan awak" bukankah sebelum ini kami berkawan? kenapa dia berkata sebegitu? aku berkata "selama ini saya bukan kawan awak ke? kenapa awak perhatikan saya?" dia hanya tersenyum gembira memandang diriku yang kelihatan seperti aku ini hanya kanak kanak yang tidak mengenal apa apa. "bukan itu maksud saya, saya selama ini memerhatikan tingkah laku awak, awak kelihatan berlainan dengan kawan kita yang lain di dalam kelas itu, awak baik, saya suka tengok awak senyum" suka saya senyum? maksudnya? dia menyambung kembali "saya berharap awak dapat menjadi teman saya, bukan sahaja teman tetapi orang yang boleh memiliki hati saya ini" saya mengharapkan awak boleh terima diri saya ini". aku hanya menoleh sekali imbas mukanya, muka yang penuh harapan, matanya kelihatan bersinar sinar. Aku hanya menjwab "kenapa mesti saya? maaf, saya takut kalau saya tak dapat membuat awak bahagia" "saya ingin melihat orang yang saya sayang bahagia, tapi bagaimana kalau saya tidak dapat menyayangi awak" dia tergelak, mungkinkah apa yang aku bicara tadi gurauan baginya? Adam berkata "selagi kita belum cuba, selagi itu kita belum tahu, jodoh di tangan tuhan, saya yakin awak boleh bahagiakan saya. Awak tak perlu berbuat apa-apa, cukuplah sekadar senyum dan gelak ketawa awak itu sudah cukup menggembirakan hati saya ini" Aku kelihatan penuh harapan, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. "Kalau awak tak ada masalah, begitu juga saya, tetapi hanya satu yang saya minta, boleh awak rahsiakan hal ini daripada sahabat saya yang lain? saya tidak ingin mereka mengetahui hal ini"

Selepas dia meluahkan perasaannya terhadap aku sebentar tadi, kami menyambung perbualan di kafe yang berhampiran rumah aku. Aku masih bingung bagaimana aku boleh menerima dirinya? kenapa begitu mudah aku bersetuju? aku hanya mendiamkan diri. Selepas dia hantar aku pulang ke rumah, dia menelefon ku sebelum tidur, dia memberitahu bahawa dia bahagia dapat menjadikan diri aku ini sebagai teman istimewanya.


keesokan pagi di sekolah,.......


(bersambung)

No comments: