Thursday, June 14, 2012

terlebih rajin

kalau aku dah rajin type jangan ada sesiapa haalng saya *tunjuk pisau penuh darah* *LOL, muka seram* hikhik, lawak lah pulok. mesti ada yang fikir aku ni sewel apahal huh syira? huh huh? lol. ya, aku ni kan kadang kadang talk active and kadang kadang jugak hyper. kenapa aku hyper semacam? lol.

oh ya, apa maksud crush eh? korang mesti lagi tahu dari aku kenn? oh ya, kalau ada lelaki ni selalu pandang pandang kita, maknanya dia suka kita ke? ada cerita nak share ni.
.....................................................................................................................................................................

       Sewaktu aku leka membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran aku, tiba-tiba kawan kelas aku mencuit bahu aku, aku pandangnya seketika, dan kemudian dia membisik ke telinga aku "eh, ada budak tu asyik pandang kau saja lah" aku kemudian berasa hairan, siapakah yang dimaksudkan oleh dia sebentar tadi? dan kemudiannya aku menyambung kembali membuat tugasan. Otakku tidak berhenti memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh sahabat aku itu tadi, adakah itu gurauan semata mata. Lantaran memikirkannya, aku berasa diriku diperhatikan oleh seseorang, matanya tepat memandang aku. Adakah orang ini yang dimaksudkan oleh sahabat aku? Aku mengangkat muka lantaran berasa kurang selesa, boleh dikatakan janggal dalam keadaann seperti ini. Ketika aku melihat persekitaran aku itu, aku dapat melihat sepasang mata yang memerhatikan aku. terdetik di dalam hati aku ini. "eh, dia ke yang pandang aku?"

       Aku berpindah ke tempat yang lain kerana mungkin ini adalah salah sangka barang kali. tetapi ketika aku cuba mengambil buku di bawah laci mejaku, aku dapat melihat ekor matanya melihat aku. Adakah aku salah juga kali ini? Mungkinkah aku ini hanya perasan sendiri? Ketika guru aku meminta aku untuk kemb ali ke tempat aku, aku sempat berbual kosong bersama sahabt aku. katanya, sudah lama dia perhatikan bahawa lelaki itu sering memandang diriku ini. kenapa diri aku diperhatikan? apa istimewanya aku ini? kenapa aku? 

Dua hari sebelum kejadian ini, aku juga merasakan benda yang sama. sepasang mata yang memandang ku seperti aku ini dirinduinya. Adakah benar sangkaan aku ini? Aku dikejutkan oleh lelaki itu tadi, dia seperti tahu diri aku ini sedang mengelamun mengenainya. Dia mengetuk mejaku beberapa kali, mungkin dia ingat aku dirasuk. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya, kenapa mesti aku yang dia beri perhatian? 

Sahabat aku, liana, bercerita benda yang sama seperti linda beritahu aku tadi, aku hanya mendengar sambil tersenyum, tanpa aku sedari, aku sekali lagi diperhatikan oleh ekor mata lelaki itu. aku kembali melihatnya, menggeletar hatiku melihat mukanya, bukan kerana aku aku takut tapi aku takut cara akau ini mendatangkan salah faham di kelas ku ini. apa yang aku boleh buat? kawan aku menguji aku dan dia. ketika dia meminta teman aku yang duduk di sebelah mejaku ini untuk bertukar tempat dengannya, aku berasa kurang enak duduk bersebelahan dengan lelaki, aku masih tahu menjaga batas pergaulan antara kami. jadi aku hanya membisukan diri dan fokus terhadap apa yang cikgu ajar di hadapan.

bersambung......

No comments: