Saturday, June 30, 2012

Saya rindu awak

Assalamualaikum!

Ya saay rindu awak, manusia yangbmempunyai nama yang indah. Walaupun awak menyakitkan hati saya dengan meninggalkan saya disini hadapi dunia yang sebenar. Far, awak ingat tak? Awak kata awak anggap saya sebagai adik yang awak sayang.

Cerita sebenarnya :-

Ketika saya cuba bangun untuk terima realiti kehidupan ini, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Far, cukuplah saya panggilnya Far saja. Dia kawan yang baik, malah banyak mengajar saya tentang bagaimana nak menghadapi haters. Ya ketika saya kenal dia, dia baru sahaja dipulaukan oleh kawan kawan kelas. Saya sedih, saya tiada keyakinan diri, tetapi saya untung berkenalan dengan abang ini. Untuk pengetahuan anada, saya berkenalan dengan Far ketika mama n baba ajak ke open house di rumahnya, dia menyambut saya dengan gembira walaupun itu pertama kali kami berjumpa. Bila balik, saya bersalaman dengan mamanya, aunty memberikan saya duit raya dan sempat memperkenalkan kami. Saya sempat memberitahunya nama saya, jadi dia minta number phone saya.

Bila malam tu dia call dan tanya macam macam, maklumlah baru nak berkenalan. Jadi, kami berteman rapat sehingga 3bulan, dalam tempoh itu, saya belajar tentang realiti dunia ini, dari segi penampilan hinggalah boyfriend, ya dia ajar saya. Tanpa saya sedari, far menghadapi sakit yang tidak dinyatakan oleh keluarganya, tepat 3bulan 20hari kami kenal, saya dijemput ke kubur, mama dan baba tak bagi tahu saya pun siapa yang meninggal.

Bila tiba di tapak perkuburan, saya melihat aunty menangis teresak esak, saya mendekati dan tanya aunty, siapa yang meninggal. Aunty memeluk saya erat dan berbisik dengan nada yang teresak esak memberitahu saya Far yang meninggal. Ya Allah, hancurnya hati saya, sakitnya hati saya. Kenapa sayab tidak diberitahu awal mengenai ini. Kenapa? Far, kenapa awak tinggalkan saya?

Apa yang saya menyesal ialah bila, 2hari sebelum arwah meninggal, dia sempat bertanya saya 'syira, kalau far tinggalkan ya, ya nangis tak? Ya sudi tak teman far? Maksud far, ya sudi tak jadi kekasih far? Far sayang ya, tetapi far taksanggup hubungan ini putus macam ni je. Ya jaga diri okay. Jangan nakal nakal' ini kandungan text yang dia beri, saya menangis membaca semua text dia. SAYA RINDUKAN DIA. Bila saya singgah di rumah aunty, aunty ajak saya masuk bilik far. Dalam bilik tu, far tinggalkan diari yang saya beri dekat dia sepanjang kami kenal, di muka surat terakhir, dia menulis 'Far bahagia kenal syira, seorang gadis yang pemalu dan syira jangan risau okay, walauapapun terjadi far sentias sayang syira' sekali lagi air mata saya keluar bagaikan air sungai yang mengalir deras. Di dalam bilik arwah, far sempat lekat gambar kami bersama ketika berjumpa dahulu.

Far, saya akan sentiasa sayang awak. Saya doakan awak far. Semoga awak tenang di sana.

No comments: