Wednesday, December 5, 2012

saya rindu dia, dia tahu ke?

assalamualaikum :D

haih bosannya duduk rumah, bangun je terus bukak laptop, then kena kemas rumah. pepagi lagi mama dah suruh kemas rumah, nota maut yang mama tinggalkan dah cukup buat saya terdiam. "yaya, bangun kemas rumah, apa nak jadi anak dara ni?" hikhikhikhik. lol me guys!

saya rindu dia, dia tahu ke?
Entah lah apa yang saya rasa sekarang, saya rasa dia dah tak sayang saya. ehh apa ni? mana boleh rasa macam ni. hati rasa macam rapuh sikit lah, dia mana ada nak call lagi. agak sedih lah, sebab saya harapkan dia boleh teman saya. but its my bad okay, dia study dan saya patut faham. Dulu dia pernah kata "tiada apa yang dapat pisahkan kita kecuali ajal" kekadang saya saja cakap merepek sebab nak tahu reaksi dia, but rasanya apa yang dia cakap dulu tu dah makin kurang, maksud saya, betul ke dia serius dengan apa yang dia cakap? WaAllahuAlam, saya percaya dia, saya cinta dia, saya nak dia. Tapi back to the question, dia pun rasa yang sama ke? atau saya ni perasan sendiri je? kalau nak cakap pasal saya syok sendiri ni, kenapa dari awal dia layan saya mcm ni?

orang kata "kita hanya akan menghargai orang yang kita sayang selepas kita kehilangannya". saya nak kena hilang atau lenyap dari hidup awak baru saya boleh dapat perhatian awak? kalau awak perasan sayang, kita dah tak ada lagi sesi "mengadu", masa "bermanja" lagi kan? mungkin awak busy sampai tak perasan atau ini hanya perasan saya saja, tapi perubahan ni sangat ketara yang saya boleh rasa, rasanya dah lama kan benda ni berlaku? whatsapp lagilah jarang sekarang, kalau dulu alsan takde kredit tapi sekarang sayang? apa nak saya buat? saya buntu taktahu apa lagi nak kena buat supaya dapat selamatkan hubungan kita ni, sayang. Jujur saya akan menangis sebab saya rindu awak, perkataan yang saya keluarkan selama ni memang jujur dari hati saya! Apa lagi nak saya buat sayang? apa lagi yang awak nak? Saya bukanlah nak salahkan awak, saya tahu ni salah saya sebab curigakan awak, tapi bagi saya, perempuan memang akan rasa mcm ni kan? Dear sayang, maafkan saya kalau kita jadi macam ni sebab perangai saya. maaf.

abaikan, ni hanya luahan perasaan saya :)

No comments: